Tip 'Grooming' Lelaki Jarang Buat Tapi 100% Berkesan - Abang Terlajak Laris


Tip 'Grooming' Lelaki Jarang Buat Tapi 100% Berkesan



Semua lelaki mahu kelihatan menarik, namun tidak ramai yang sanggup melakukan rutin grooming yang rumit. Bagi mereka ia tidak berbaloi. Ya, rutin perapian diri bukan sekadar berdiri di hadapan cermin saja. Banyak lagi tip grooming yang lelaki jarang buat namun sebenarnya baik untuk anda. Apakah ia?

1. PECAHKAN JERAWAT DENGAN TISU ATAU KAIN BASAH
Masalah jerawat sukar diatasi walau sebaik manapun anda menjaga wajah anda. Malangnya lelaki zaman kini kerap memecahkan jerawat menggunakan tangan, sampai ada yang menggunakan kuku. Yang pasti jangan sesekali menggunakan tangan kerana ia belum terjamin kebersihannya, apatah lagi ia boleh menyebabkan bakteria tersebar pada bahagian kulit yang lain.

2. BERSIHKAN TELINGA DENGAN MINYAK ZAITUN
Telinga mungkin antara bahagian wajah yang paling kurang mendapat perhatian lelaki saat melakukan rutin perapian diri. You shouldn’t! Ruang dan lubang telinga sewajarnya dibersihkan juga kerana kekotoran di sekitar telinga serta cuping hanya akan mencacatkan penampilan anda. Cadangan kami, gunakan saja olive oil atau minyak zaitun. Ini kerana ia terbukti dapat melunturkan kekotoran dengan cepat dan berkesan. Caranya, titis atau sapukan cotton bud atau pencungkil kepas dengan minyak zaitun, kemudian masukkan perlahan-lahan ke dalam, sekitar dan luaran telinga. Selepas habis, gunakan tisu basah dan bersihkan sekali lagi.

3. BERCUKUR SELEPAS MANDI
Akuilah, ramai daripada kita bercukur sebelum mandi bukan? Dan kebiasaannya mandi adalah aktiviti yang terakhir sebelum anda keluar dari bilik air. Namun tahukah anda, bercukur selepas mandi sebenarnya lebih berkesan dan efektif berbanding sebelum. Selepas mandi, bulu-bulu di wajah sebenarnya lebih lembut dan pori-pori di wajah akan terbuka dengan lebih luas. Apatah lagi anda mandi dengan air suam yang hangat. Yang pasti, pasca mandi menjadikan pencukuran anda akan lebih mudah, rapi dan kurang risiko terluka.

4. LIP BALM
Lelaki jarang sekali menggunakan lip balm, ini kerana mereka mengganggap pengunaan lip balm sama seperti menggunakan gincu. Anda salah! Dek cuaca kering dan tidak menentu di luar sana, bibir anda akan cepat kering dek dehidrasi. Oleh itu, sebelum anda keluar dari bilik mandi, tiada salah untuk anda menyimpannya satu di dalam bilik air dan sapukan di bibir anda. Biarkan seketika agar ia serasi. Ini boleh mengurangkan rasa tidak selesa apabila anda keluar dari rumah nanti.

5. BERSIHKAN PENCUKUR DENGAN PENGERING RAMBUT
Kenapa tidak! Pencukur yang dibiarkan di luar akan mudah dihinggapi bakteria dan kekotoran. Dan apabila saat ia digunakan, anda hanya akan merendam atau membilasnya dengan air. Ia tidak mencukupi guys!  Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan pengering rambut bagi membuang baki-baki bulu yang terselit di celahan mata pisau. Selain itu, penggunaan hair dryer dapat mengurangkan karat dan tumpul akibat kerana terlalu banyak kali dicuci dan digunakan.

6. CUKUR BULU BADAN SEWAKTU MANDI
Bagi mereka yang mempunyai bulu badan yang tumbuh dengan lebat memenuhi dada dan perut, tiada salah untuk anda mencukurnya. Ya, mungkin anda merasakan bulu di bahagian tersebut seksi di mata wanita. Hmm mungkin benar tetapi tidak semua. Sekiranya anda malas untuk melakukan rutin manscaping di salun mahupun spa, anda sendiri boleh melakukannya sendiri. Amalkan untuk menggunakan pencukur elektronik. Pencukur tradisional tidak sesuai dek risiko mudah menyebabkan kelukaan. Sebaiknya gunakan pencukur elektronik dan cukurlah sewaktu anda sedang mandi.

via Glam Lelaki

No comments

Powered by Blogger.