Turun Berat Cara Sihat 20kg Dalam 6 Bulan Amalkan 'Menu Eat Clean' Ini - Abang Terlajak Laris


Turun Berat Cara Sihat 20kg Dalam 6 Bulan Amalkan 'Menu Eat Clean' Ini


Ini salah satu perkongsian menu Eat Clean yang diperkenalkan oleh Coach Abrani Yunus.

“Eat clean masak tanpa bahan-bahan yang aneh. Saya turun berat 20kg lemak badan dalam 6 bulan. Fokus pada 80% sumbangan nutrisi pada badan. Makan tak lebih dari 1200kcal sehari.”

Menu Eat Clean Umai Ayam

1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak.
2. Celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.
3. Dalam masa yang sama, tumbuh 2 tangkai cili padi, 2 ulas bawang putih, perah lemon, limau nipis dalam lesung.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan daun limau purut.
4. Carik-carikkan isi ayam tadi. Gaul rata dalam lesung.
5. Siap untuk dinikmati.

Hidang Bersama
1 penumbuk beras perang
1 gelas teh herba
Average kcal – 500kcal

Info
Terlalu berlebihan perasa tambahan menyebabkan vili di dalam usus kecil kita gagal menyerap zat nutrisi dengan baik.

*Gula, garam, minyak malah makanan berlemak perlu dikurangkan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Protien hendaklah dikekalkan sebab itu penyediaan makanan lebih kepada kukus, rebus dan panggang.

Sumber: Abdani Yunus via Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.