Wanita Sedang Berpantang Tak Boleh Makan Laksa? Ini Sebabnya - Abang Terlajak Laris


Wanita Sedang Berpantang Tak Boleh Makan Laksa? Ini Sebabnya


Bagi wanita yang baru lepas berpantang, banyak makanan yang tidak boleh dimakan. Antara makanan yang dipesan supaya tidak makan walaupun sikit ialah laksa. Kenapa tak boleh makan laksa? 

1. Kuah Punca Angin
Mungkin ramai yang tidak tahu daun kesum dan bunga kantan adalah sayuran berbisa dan menyebabkan punca angin dalam badan dan ada diantara kita yang buat laksa menggunakan ikan yang berbeza. Jadi mungkin itu antara puncanya. 

2. Laksa
Ibu yang sedang berpantang seeloknya tidak makan makanan yang dah dimasak 2 kali. Kalau diikutkan laksa yang dibeli sebelum ia dijual ianya sudah diproses dimasak dan dikeringkan. 

Cara menyediakan laksa sama ada direbus atau direndam, dan ia akan memerangkap angin lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan. Selain itu, wanita lepas bersalin juga dilarang makan nasi yang telah dipanaskan semula.

3. Timun
Sayuran ulam yang ada di setiap hidangan laksa adalah timun. Ibu berpantang disarankan tidak makan timun kerana timun adalah sejenis sayuran sejuk yang boleh mendatangkan angin dalam badan.

No comments

Powered by Blogger.