4 Sebab Lelaki Pemalu Pasangan Hidup Terbaik - Abang Terlajak Laris


4 Sebab Lelaki Pemalu Pasangan Hidup Terbaik


Ramai yang mengganggap lelaki pemalu ini skema dan tak cukup jantan. Kalau jumpa perempuan lagilah berganda-ganda malunya. Lelaki pemalu akan sering kali menyentuh rambutnya, menggaru-garu wajah, bermain dengan jari atau menjadi gugup apabila ada wanita mendekati mereka.

Untuk wanita diluar sana yang sedang mencari pasangan idaman, anda kena ‘tackle’ lelaki pemalu ni sebab banyak kelebihannya.

1. SETIA ORANGNYA
Lelaki pemalu ini setia orangnya. Sebabnya dia jarang suka dengan seseorang, bila dah jatuh cinta. Cintanya sampai hujung nyawa.

2. LELAKI PEMALU IDAM PASANGAN BERTENTANGAN SIFATNYA
Lelaki pemalu akan cari wanita agresif, sebab dia tahu wanita sebegini lebih memahami dirinya dan tahu bagaimana mahu menceriakan hari-hari sunyinya.

3. RAJIN BEKERJA
Lelaki pemalu rajin bekerja. Sebab itu, wanita yang berpasangan dengan lelaki pemalu senang sebab kerja rumah dia akan bereskan.

4. DIAM-DIAM UBI BERISI
Lelaki pemalu, ada prinsip yang kental. Jangan cuba-cuba mengubahnya. Dia tak suka. Jadi, layankan saja asalkan ia tak melanggar batasan agama.Jangan ingat pemalu tu lemah.

No comments

Powered by Blogger.