5 Sebab Mengapa Suami Menipu Isteri Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


5 Sebab Mengapa Suami Menipu Isteri Kena Tahu


Terdapat beberapa sebab mengapa lelaki bertindak menipu isterinya. Kebiasaannya lelaki menipu kerana mereka merasakan seperti tidak diendahkan dan adakalanya mereka merasakan penipuan mereka tidak dapat diketahui oleh isterinya.

Oleh itu, di sini kami akan berikan 5 sebab mengapa kaum lelaki bertindak menipu isteri mereka.

1. Gangguan dalam hubungan rumah tangga
Apabila suami dan isteri bergaduh di rumah, biasanya ia akan dibiarkan tanpa ada penyelesaian. Ini akan menyebabkan masing-masing tidak akan rasa selesa apabila berada di rumah. Sama ada dua perkara sahaja akan terjadi iaitu sambung bergaduh atau keluar dari rumah. Apabila lelaki keluar dari rumah, mereka cenderung untuk mencari orang lain agar dapat melupakan masalah rumah tangga mereka.

2. Bosan dengan hubungan rumahtangga
Kebanyakan lelaki mengaku yang mereka merasa bosan dengan hubungan rumah tangga mereka. Mereka lebih gemar membina hubungan yang lebih segar dengan mencari wanita lain berbanding cuba mehangatkan semula hubungan suami isteri. Bagi lelaki, mewujudkan kehangatan semula adalah lebih sukar berbanding membina hubungan baru dengan wanita lain.

3. Fizikal isteri tidak lagi menarik
Lelaki menipu kerana mereka melihat fizikal isteri mereka tidak lagi menarik seperti kali pertama mereka bercinta. Hal ini menyebabkan rasa tidak suka kepada tubuh badan isteri yang tidak lagi menawan. Jadi, mereka cenderung untuk melihat dan membina hubungan dengan wanita-wanita di luar sana yang memiliki tubuh badan yang menarik dan menawan.

4. Tidak menerima layanan yang baik
Walaupun lelaki kelihatan gagah, tetapi ada masanya kaum lelaki tetap mahu merasa dihargai dan dilayan dengan baik. Wanita yang terlalu sibuk dengan kerja dan urusan anak akan menyebabkan lelaki terasa dipinggirkan. Harus diingat, lelaki lebih suka mendiamkan diri apabila ada masalah, lagipun ego lelaki sangat tinggi untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Oleh kerana itu, mereka bertindak menipu lalu mencari hubungan baru diluar yang lebih menghargai mereka.

5. Sejarah silam
Ada sesetengah lelaki yang semasa kecil mereka menyaksikan sendiri ibu atau bapanya melakukan penipuan. Hal ini menyebabkan mereka merasakan adalah tidak salah jika menipu terhadap pasangan sendiri.

Walaubagaimanapun, haruslah kita ingat bahawa di dalam Islam melarang berlaku curang terhadap suami dan isteri. Jagalah hubungan suami isteri dengan baik semoga ia berkekalan hingga ke syurga.

No comments

Powered by Blogger.