6 Tempat Percutian Luar Negara Bajet Kurang Dari RM500 - Abang Terlajak Laris


6 Tempat Percutian Luar Negara Bajet Kurang Dari RM500


Nak bercuti tapi tak ada bajet yang mencukupi? Atau mungkin ada bajet tapi tak tahu lokasi percutian? Haa dengan RM500 korang boleh pergi bercuti di lokasi-lokasi ini! 

1. Ho Chi Minh, Vietnam

Kalau nak berbelanja memang disinilah tempat yang murah. Penginapan korang boleh dapatkan dalam RM60 untuk satu malam. Murah kan! Jangan risau tentang makanan, banyak yang halal boleh dicari di sana.

2. Krabi, Thailand
Ramai yang mengatakan nak ke Krabi mahal dari segi penerbangan. Tetapi ada tiket penerbangan yang boleh didapati dengan harga RM230 atau kurang lagi..Makanan 'Street food disana memang murah dan sedap! 

3. Koh Samui, Thailand 
Apa yang menariknya di Koh Samui ialah keindahan pulaunya yang masih cantik dan terpelihara. Harga hotel pula boleh didapati dengan harga serendah RM100 semalam. Banyak restoran makanan halal disediakan di sana.

4. Singapura 
Duit Singapura lebih mahal dari duit Malaysia, tetapi ianya bukan satu masalah untuk kita tidak pergi ke Negara itu. Kita boleh menginap di Johor Bahru dan menaiki bas ke Singapura. 

5. Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia 
Padang masih lagi tersenarai sebagai pusat pelancongan berpatutan dan berbaloi untuk dilawati. Disini juga terdapat banyak hotel murah serendah RM60 semalam. Menu makanan memang tak ada bezanya dengan Malaysia. Murah dan berbaloi! 

6. Medan, Indonesia 
Medan terdapat pelbagai tempat untuk korang pergi. Harga hotel sekitar RM100 semalam. Makan dan penginapan korang boleh dapatkan harga yang lebih murah, perlu rajin cari saja..

Sebenarnya banyak lagi tempat yang korang boleh pergi dengan kurang dari RM500. Perlu pandai cari dan survey lokasi dan promo tiket penerbangan yang korang nak pergi tu! 

No comments

Powered by Blogger.