7 Cara Yang Betul Cuci Muka Supaya Kulit Wajah Bebas Kotoran - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

7 Cara Yang Betul Cuci Muka Supaya Kulit Wajah Bebas Kotoran


Mengunakan teknik yang betul untuk membersih dapat memastikan muka kita benar-benar bebas dari kotoran tersebut. Langkah-langkah yang disarankan adalah seperti berikut: 

1. Waktu membersihkan muka

Waktu yang baik untuk membersihkan muka ialah waktu sebelum tidur. Cuba bersihkan muka kita sebelum tidur dengan pencuci muka. Insyaallah keesokan harinya anda mendapat perbezaannya, kulit lebih segar. 

2. Cuci tangan anda terlebih dahulu

Pastikan tangan anda bersih dari sebarang kotoran dan juga kuman yang boleh berpindah ke muka anda. 

3. Lap atau basahkan muka anda dengan air panas

Air panas digunakan bertujuan untuk membuka pori-pori supaya pembersihan dapat dilakukan dengan lebih mendalam. 

4. Gunakan sabun pembersih

Gunakan sabun pembersih muka yang betul dan sesuai untuk anda. Ianya dapat mengelakan kerosakan pada kulit muka yang sensitif. Usapkan dengan lembut ke seluruh muka.Guna pembersih wajah dan gosokkan perlahan-lahan secara bulatan. [mulakan bwh keatas] 

5. Membilas

Basuh muka anda dengan air sehingga kesan sabun hilang sepenuhnya. 

6. Gunakan Toner

Toner berfungsi membersihkan sisa solekan, kotoran atau minyak yang masih tertinggal setelah mencuci dengan sabun. 

7. Lembabkan kulit

Gunakan produk pelembab untuk menyegarkan semula kulit muka anda. Terdapat juga pelembab muka yang dilengkapi dengan vitamin yang boleh membantu kulit muka anda kelihatan lebih licin dan cantik.

No comments

Powered by Blogger.