7 Sebab Kenapa Wanita Suka Lelaki Berjambang - Abang Terlajak Laris


7 Sebab Kenapa Wanita Suka Lelaki Berjambang


Mesti ramai wanita yang sukakan lelaki yang berjambang kan? Wanita lebih sukakan lelaki yang berjambang kerana mereka lebih kacak dan berkarisma.

Ini sebab wanita sukakan lelaki berjambang?

1. Lelaki berjambang lebih bergaya
Lihat saja pelakon kacak yang berjambang seperti Ben Affleck, Keanu Reeves, George Clooney, Ryan Gosling, David Beckham, Justin Timberlake, Ryan Reynolds, Brad Pitt dan banyak lagi. Penampilan mereka nampak bergaya walaupun hanya memakai t-shirt sahaja.

2. Lelaki berjambang misteri
Percaya tak jika kami katakan, tiada siapa dapat membaca emosi lelaki yang berjambang kerana wajah mereka terlindung. Apa yang pasti lelaki berjambang memang seksi.

3. Tak reti main alat muzik pun tak apa
Lelaki berjambag tidak perlu mempunyai bakat untuk main alat muzik. Pegang gitar je dah buatkan wanita cair.

4. Lelaki berjambang bijak
Sejak dulu lagi, ramai tokoh penting dan para ilmuwan mempunyai jambang. Sebagai contoh Abraham Lincoln, Alexander Graham-Bell, dan Leonardo Da Vinci, mereka semua berjambang kan?

5. Lelaki berjambang adalah lelaki sejati
Lelaki yang berjambang berbeza dengan lelaki lain. Mereka akan bukakan pintu untuk anda, hantar anda pulang, dan bersikap sopan. Tapi bukan semua! Haha..

6. Lelaki berjambang lebih maskulin
Wanita sukakan jambang lelaki yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Bagi wanita, lelaki berjambang kelihatan lebih maskulin dan gagah.

7. Lelaki berjambang nampak lebih dewasa
Jika anda ada boyfriend yang berjambang, cuba lihat gambar mereka sebelum menyimpan jambang? Nampak lain dan seperti budak sekolah.

No comments

Powered by Blogger.