9 Idea Tak Terfikir Romantik Untuk Suami & Isteri - Abang Terlajak Laris


9 Idea Tak Terfikir Romantik Untuk Suami & Isteri


Tips suami isteri bahagia bagaimana menjadi romantik. Ianya tips yang mudah untuk anda aplikasikan. Cubalah wahai Sang Suami! 

1. Beri pasangan  12 bunga mawar dengan sentuhan gubahan kreatif. Contohnya dengan menggabungkan kreativiti bermain dengan elemen warna. Beri sebelas mawar merah dan satu mawar putih. Sambil itu sertakan lampiran nota yang berbunyi: “. Terdapat sahaja bunga cantik yang banyak  tetapi ada satu istimewa yang berdiri di luar dan awaklah yang satu itu”.

2. Belikan pasangan anda sebuah jam tangan. Tidak perlu terlalu mahal, bersesuaian dengan badget.  Sertakan nota dengan tulisan: “Saya sentiasa mempunyai masa untuk awak.”

3. Lampirkan bil not RM 100-200  atau giftcard, voucher membeli-belah, bersama-sama dengan nota kepadanya, dengan berkata, “Pilihlah, itu semua untuk awak.”

4. Raikan peristiwa penting hidup anda. Kenal pasti satu peristiwa penting anda berdua bersama-sama. Raikan peristiwa itu setiap tahun.Biasanya hari penikahan anda.

5. Amalan hari ganjil dan genap percintaan. Ianya adalah amalam setiap hari.  Contohnya anda memilih hari genap untuk menjadi romantik, dan pada hari-hari ganjil seterusnya tiba pula giliran pasangan anda untuk menjadi romantik.

6. Mandi bersama-sama dengan isteri. Balutkan dirinya dan bantulah mengeringkan rambutnya.

7. Tulis kepada pasangan surat cinta atau puisi pada satu lembaran kertas.Boleh sahaja besar atau kecil . Ataupun buat puzzle .Gamkan pada kadbod nipis, potong ia menjadi kepingan berbentuk teka-teki, kemudian kirimkan semua kepingan tersebut. Ataupun, untuk kesan romantik lagi, emel sekeping potongan teka-teki setiap hari! Biar dia ternanti-nanti.

8. Tulis banyak perkataan ‘ciuman’. Potong ia kecil-kecildengan gunting.  Isi dan letaknya dalam kotak perhiasan. Tulis satu sijil menjelaskan bahawa  kupon boleh ditebus dan hadiahnya adalah ciuman daripada anda.

9. Beri hadiah trofi atau pingat kepadanya. Pergi sahaja kedai trofi untuk mendapatkan pelbagai idea. Contoh hadiah yang dapat diberikan adalah seperti plat, pingat, reben, tanda nama, sijil dan sepanduk.

Semoga ianya bermanfaat. Adakah ini semua dambaan wanita? 

No comments

Powered by Blogger.