Anak Kerap Kencing Malam, Cuba 2 Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Anak Kerap Kencing Malam, Cuba 2 Petua Ini


Ada anak yang sudah tak pakai lampin pakai buang mempunyai masalah kerap kencing malam pula. Habis lencun katil dibuatnya. Ibu pun pening kepala nak selesaikan masalah ini. Cuba amalkan petua yang dikongsi oleh ibu ini. 

Puan Siti Nurbaya Baharldin berkongsikan petua lama untuk mengatasi masalah anak yang kerap kencing malam di facebook beliau.

PETUA PERTAMA
Cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.

Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air pada perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.

PETUA KEDUA
Dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas satu sudu kecil madu lebah dan suruh anak kecil minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan anak kecil akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak kawal.

No comments

Powered by Blogger.