Awas Strok Haba! Ini Tanda Dan Cara Pencegahannya - Abang Terlajak Laris


Awas Strok Haba! Ini Tanda Dan Cara Pencegahannya


Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. 

Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda awal strok haba:

Sakit kepala berdenyut
Mual
Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
Denyutan nadi yang pantas
Otot lemah dan kejang
Muntah/rasa hendak muntah
Kulit kering dan kemerahan
Sawan
Pitam
Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba.
Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa.
Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
Mangsa ditempatkan di bawah kipas
Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
Rendam mangsa di dalam kolam air
Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:

Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas.
Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari.
Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.

Sumber: The Vocket

No comments

Powered by Blogger.