Bawang Putih Goreng Rangup Sedap "Crunchy Garlic" - Abang Terlajak Laris


Bawang Putih Goreng Rangup Sedap "Crunchy Garlic"


Perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa‎

Amalkan bawang putih goreng yang sangat sedap! Makan dengan nasi panas pun layan! 

Paling baik untuk orang berpantang! Orang tak pantang yang ada angin pun bagus makan bawang putih goreng ni.

Bahan bahan
1kg Bawang putih (rendam air utk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara caranya
1. Kupas bawang putih, hiris nipis nipisdan gaulkan dengan sedikit garam.
2. Tak nak gaul garam pon tak pe. Goreng kosong macam tu je.
3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.
4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bolehla makan dengan nasi.

*Orang ada angin pon elok makan bawang putih ni. Tak semestinya orang berpantang saja.

No comments

Powered by Blogger.