Betul ke Wanita Dilarang Bersyampu Ketika Datang Bulan? - Abang Terlajak Laris


Betul ke Wanita Dilarang Bersyampu Ketika Datang Bulan?


Benarkah dengan mitos wanita dilarang mencuci rambut dan bersyampu ketika sedang datang bulan? Ini kerana pada waktu datang bulan, wanita mengalami gangguan hormon. Sebab itu ramai yang mudah tersinggung, sedih, mood swing dan tiba-tiba kuat makan ketika datang bulan.

Mitos yang mengatakan tidak boleh mencuci rambut ketika datang bulan dikaitkan dengan gangguan peredaran darah di kepala. Ia boleh menyebabkan banyak masalah lain. Benarkah mitos ini?  Ini membuatkan ramai wanita yang enggan mencuci rambut ketika waktu itu kerana takut dengan kesan sampingannya.

Ternyata ia sebenarnya hanyalah mitos. Belum ada kajian yang membuktikan bersyampu atau cuci rambut menimbulkan kesan negatif. Sebaliknya, kaum wanita digalakkan sering mencuci rambut dan menjaga kebersihan diri ketika datang bulan. 

Malah, dengan cara mencuci rambut dengan air hangat boleh membantu wanita berasa lebih tenang dan mengelakkan kesakitan yang dialami ketika datang bulan. Oleh itu, ladies jangan takut untuk bersyampu ketika sedang datang bulan! 

Sumber: CARI 

No comments

Powered by Blogger.