Bila Sakit Belakang, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Bila Sakit Belakang, Ini 3 Perkara Yang Anda Kena Tahu


Sakit belakang merupakan antara salah satu penyakit yang tidak asing lagi terutamanya bagi golongan yang sudah meningkat usia. Kebiasaannya, orang yang selalu mengangkat barangan yang berat dan orang yang kurang bersenam akan lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

Punca 1 : Masalah Pergerakan
Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda boleh merasakan kesakitan apabila setiap kali anda melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.

Pergerakan tersebut boleh merangkumi sebarang jenis termasuk semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya. Kebiasannya masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh tulang belakang anda yang dijangka sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.

Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambungkan tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibeliti. Hal ini boleh membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan sebarang pergerakan yang berat dan kuat.

Punca 2 : Kecederaan
Kecederaan yang berlaku pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah juga berpotensi  untuk menyebabkan sakit belakang sama ada ia hanyalah bersifat sementara ataupun kronik.

Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau diangkat secara tidak wajar. Vertebra yang patah sering daripada penyakit osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan kelemahan pada tulang poros. Jarang sekali, sakit belakang boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.

Punca 3 : Penyakit
Terdapat juga banyak masalah medikal yang dikatakan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada terjadinya masalah sakit belakang.

Masalah vertebrata selalunya berlaku apabila pesakit tersebut mempunyai masalah osteoporosis, (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh). Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, namun ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.

Namun, sakit belakang adalah sangat jarang berlaku jika disebabkan oleh akibat jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.

Sumber: Lelaki Sihat

No comments

Powered by Blogger.