‘Bisnes Kampus’ Bukan Sekadar Untuk Duit Poket Sahaja Tapi Permulaan Untuk Bina Empayar - Abang Terlajak Laris


‘Bisnes Kampus’ Bukan Sekadar Untuk Duit Poket Sahaja Tapi Permulaan Untuk Bina Empayar

Foto: IG Aliff_Syukri

Saya tidak berkesempatan untuk menimba ilmu di menara gading. InshaAllah mungkin ada masa dan peluang kelak. Hari ini abang nak berkongsikan kepada pelajar universiti untuk buat poket sendiri selain daripada pinjaman dan biasiswa yang diperolehi. Antara bisnes yang anda boleh cuba ialah:

Senarai ‘Bisnes Kampus’ Pilihan:

1. Jual kad tambah nilai pra bayar (topup)
2. Jual makanan ringan (kudap-kedapan)
3. Jual snek lewat malam (supper) sedia di makan (ready-to-eat) seperti burger, nasi lemak RM1, sandwich, makanan sejuk beku yang digoreng.
4. Perkhidmatan fotokopi atau cetakan
5. Khidmat menyunting tugasan (proof reading)
6. Cetakan T-Shirt
7. Menjual makanan dari bilik ke bilik
8. Khidmat membaik-pulih laptop
9. Khidmat dobi / mencuci pakaian
10. Dan lain-lain lagi.

Kenapa Berbisnes Di Kampus?

Ada sebahagian pelajar yang berasal daripada keluarga yang senang dan berpendapatan tinggi tetapi masih memohon pinjaman dengan tujuan untuk bermewah-mewah dengan pakaian, aksesori mahupun gajet mahal.

Sebahagian pula hanya bergantung semata-mata kepada bantuan pinjaman. Faktor kebergantungan ini juga pelbagai. Antaranya:

1. Tuntutan kuliah dan tugasan yang tidak mengizinkan untuk berbisnes
2. Jumlah pinjaman lebih dari cukup
3. Merasa tiada keperluan untuk mencari pendapatan sampingan
4. Tidak minat berbisnes
5. Malas
6. Tidak kurang juga yang berbisnes di kampus atas kepentingan-kepentingan seperti:
7. Tugasan program (pelajar jurusan ekonomi/pengajian perniagaan, dan lain-lain yang berkaitan)
8. Mengeksploitasi dan mengasah kemahiran yang dimiliki semaksimum mungkin dengan cara positif (baik pulih komputer, pelukis/pemuzik jalanan, menyunting)
9. Membayar sewa rumah  dan belanja harian (bagi yang tidak tinggal di asrama)
10. Mengumpul sejumlah wang untuk perancangan pasca pengajian
11. Membayar semula pinjaman pelajaran
12. Kepentingan peribadi
13. Ikut-ikutan
14. Benar-benar minat dengan dunia perniagaan.

Sumber: Majalahniaga

No comments

Powered by Blogger.