Buah Potong Lebih Baik Berbanding Jus, Nak Tahu Kenapa? - Abang Terlajak Laris


Buah Potong Lebih Baik Berbanding Jus, Nak Tahu Kenapa?

Gambar: Health Today
Dr. dr. Rini Sekartini, SpA(K) mengatakan bahawa anak-anak akan lebih baik bila diberikan buah dalam bentuk potongan jika dibandingkan dengan jus.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kelebihan berat badan (obesiti), buah potong adalah sangat baik disajikan sebagai makanan selingan.

“Ketika anak mengambil buah potong akan terdapatnya proses mengunyah.

Saat mengunyah, enzim pencernaan di rongga mulut bekerja dan hal ini penting untuk penyerapan zat berikutnya,” kata perempuan yang menjawat jawatan sebagai Ketua Ikatan Doktor Anak Indonesia (IDAI) ketika temuramah bersama media bertajuk ‘Cermati Kandungan Nutrisi Jajanan Anak’ di Jakarta, Khamis (17/9/2015).

Lebih lanjut ia memberitahu bahawa proses mengunyah juga dapat membantu mempercepatkan kemampuan berbicara anak. Hal ini sangat penting untuk dilatih pada anak, terutama yang memiliki kemampuan oral terbatas.

“Mengunyah penting kerana ia dapat meningkatkan kemampuan otot yang bertanggungjawab dalam proses bercakap. Maksimum anak mengunyah selama 20 minit,” menurutnya.

No comments

Powered by Blogger.