Cara Sediakan Air Rebusan Buah Zuriat, Wanita Ini Kongsikan Akhirnya Hamil Lepas 2 Tahun - Abang Terlajak Laris


Cara Sediakan Air Rebusan Buah Zuriat, Wanita Ini Kongsikan Akhirnya Hamil Lepas 2 Tahun

Perkongsian oleh Nurul Balqis,

Apa buah zuriat dan kelebihannya?

Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-

Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.

Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.

Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.

Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya. Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ya. Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.

Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Qis ada terangkan dekat setiap gambar dekat bawah ni.



No comments

Powered by Blogger.