Korang Rasa Kenapa Wanita Suka Bercinta Dengan Lelaki Berusia? - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Korang Rasa Kenapa Wanita Suka Bercinta Dengan Lelaki Berusia?


Ada sesetengah wanita lebih cenderung untuk bercinta dan berpasangan dengan lelaki lebih tua. Bagi mereka, lelaki muda, bukan pasangan yang ideal.  Selain dikatakan 'seksi' dan menawan dengan gaya tersendiri, banyak kelebihan lelaki yang lebih tua.

1. Matang secara emosi

Lelaki tua lebih matang dari segala-galanya, dan paling penting ialah emosi. Mereka bijak mengawal keadaan, lebih tenang dan tidak mudah naik angin seperti lelaki muda.

2. Mempunyai tujuan hidup yang jelas

Berbanding lelaki muda yang masih mencari-cari apakah yang mereka inginkan dalam hidup, lelaki tua tidak terlalu mengejar keduniaan, lebih stabil dari segi kewangan dan tidak bercita-cita tinggi. Ini membuatkan wanita berasa lebih selamat dengan lelaki tua.

3. Pengalaman

Sudah tentu lelaki tua makan lebih banyak garam dan ini membuatkan ia mempunyai daya penarik yang tersendiri. Pengalaman membezakan lelaki tua dan muda sekaligus membuatkan mereka lebih dihargai dan menghargai kaum wanita.

4. Lebih bijak menangani wanita

Lelaki tua sudah 'masak' dengan sifat dan perangai wanita. Oleh itu, dia lebih pandai mengambil hati, mengambil berat dan sensitif dengan wanita, berbanding lelaki muda.

Sumber: CARI

No comments

Powered by Blogger.