'Isteri Ramping Rahsia Bahagia Rumah Tangga' - Kajian - Abang Terlajak Laris


'Isteri Ramping Rahsia Bahagia Rumah Tangga' - Kajian

Gambar: BH
Kajian yang dilakukan oleh University of Tennessee menunjukkan bahawa  kaum lelaki lebih bahagia jika memiliki isteri yang berbadan langsing dan tidak lebih besar daripadanya. 

Kajian yang melibatkan 170 pasangan yang baru berkahwin, rata-rata berpuas hati tentang bentuk badan pasangan di awal perkahwinan.

Tapi, lama-kelamaan jika si isteri memiliki berat badan berlebihan dan berbadan besar, ia akan membuatkan hubungan rumah tangga jadi tidak bahagia.

Hakikatnya, lelaki lebih bahagia bersama dengan isteri yang berbadan ramping dan membuatkan hubungan dengan pasangannya menjadi lebih baik dan bahagia.

Sekarang ini, saiz badan juga dianggap menjadi faktor penting yang menyumbang kepada kebahagiaan dalam institusi rumah tangga.

Kajian juga mendapati, wanita yang berbadan besar atau gemuk pula mencari pasangan yang lebih besar dari mereka supaya tidak terjadinya perbandingan berat badan. Mungkin ini juga ada benarnya sebab kalau saiz lebih kurang maka nanti tidak akan ada perbandingan antara keduanya.

Wanita sebelum berkahwin dan selepas berkahwin memang tidak ramai yang berjaya kekalkan saiz badan mereka. Kebiasaannya berat badan wanita akan bertambah bila hamil dan selepas melahirkan anak. 

Oleh itu, kaum lelaki kenalah memahami dan jangan berbunyi seperti “kenapa dia tidak ramping macam dulu”. Bagi kaum wanita yang teringin menguruskan badan mereka, boleh cuba tips bertubuh langsing yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dulunya gemuk.

No comments

Powered by Blogger.