6 Perkara Ini Suami Kena Buat Supaya Boleh Kurangkan Stres Isteri - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

6 Perkara Ini Suami Kena Buat Supaya Boleh Kurangkan Stres Isteri


Bagi suami, jangan diamkan diri apabila melihat tanda-tanda stres pada isteri seperti keletihan yang melampau, jadi pelupa, cuai, mudah melenting, dan kurang ‘alert’ berbanding biasa.

1. Rehat secukupnya

Cubalah beri extra 1-2 jam dalam 1 minggu untuk isteri berehat. Ia akan membawa perubahan besar kepada dirinya. Dengan tidur yang cukup, barulah isteri berasa lebih sihat, aktif, dan gembira apabila berada di samping anak-anak serta suami.

2. Bantu kerja rumah

Setiap kali ‘celik mata’, pada saat itulah tugas seorang ibu akan bermula. Kerja rumah memang sentiasa ada. Tapi kalau terlalu diikutkan, semua kerja ini tak akan pernah habis. Oleh itu, ibu-ibu perlu realistik dalam menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam sehari. Bagi suami pula, bantulah isteri anda setidak-tidaknya dalam menguruskan diri sendiri.

3. Rendahkan expectation

Ada masanya isteri tak sempat kemas sebelum suami balik kerja, kadang-kadang tak dapat masak makan malam sebab tak ada idea, dan ada kalanya isteri nampak tak terurus dek kerana anak yang seharian meragam. Perkara ini memang akan berlaku dan ia tidak sama sekali menjadikan isteri anda seorang ibu yang ‘teruk’. Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan dan meyakinkan isteri bahawa mereka telah mencuba yang terbaik. 

4. Bermain dengan anak anak 

Jangan tunggu isteri minta tolong, barulah nak luangkan masa dengan anak-anak!

5. Berbual dengan pasangan

Cubalah luangkan walau sekadar 10 minit sebelum tidur untuk berbual dengan isteri dari hati ke hati. Kalau tak sempat, hantarlah mesej atau call.

6. Pelukan

Pelukan selama 6 saat dapat membantu meredakan stres dengan merembeskan hormon oksitoksin dan serotonin yang menaikkan semangat dan mood manusia. Jadi, kalau mahu isteri lebih ceria, suami kenalah selalu memeluknya. 

7. Pengisian spiritual

Ajak isteri solat berjemaah, dan sebutkan perkara-perkara baik yang berlaku hari ini di dalam doa yang dibacakan. Tanpa anda sedari, hari anda mungkin jauh lebih baik daripada apa yang anda sangkakan.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.