Jangan Risau Badan Suami Berisi? Ini 4 Kelebihannya Isteri Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Jangan Risau Badan Suami Berisi? Ini 4 Kelebihannya Isteri Kena Tahu


Jodoh ditangan tuhan, kadang kadang tu, kita nampak isteri seseorang tu tak tinggi mana, pendek je, tapi dapat suami tingginya, 6 kaki 2 inci, tinggi tu, ada pulak tu isterinya berkulit putih suaminya pulak kulitnya gelap, Itu semua itu adalah ketentuan Allah SWT.

Sama juga kalau-kalau isteri-isteri yang berjodoh dengan suaminya yang montel ( atau berisi), sebenarnya, suami yang berisi ni TERLALU BANYAK KELEBIHANNYA, siapa yang belum kahwin tu, berdoalah agar dapat suami yang montel dan berisi. Hehe.

Antara kelebihannya  ialah, 

1. Suami yang berisi ni selalunya mempunyai perut yang besar..jadi kalau isteri tak abis makan nasi tu, boleh suami yang tolong abiskan sekaligus mengelakkan berlakunya pembaziran. Membazir perangai syaitan kan?

2. Kalau tengah-tengah berehat di depan tv kat rumah tu, terasa isteri nak baring, suami yang berisi dan montel boleh dijadikan bantal, jimat masa tak yah nak bangun masuk bilik ambil bantal.

3. Kalau tengah berjalan-jalan dengan suami yang berisi tu, tiba-tiba hujan turun, dan payung pulak lupa nak ambil dalam kereta, suami yang berisi boleh dijadikan payung sementara mencari tempat berteduh.

4. Kalau tergelincir dan jatuh bersama suami yang berisi ni, tak perlu susah payah nak fikir pasal keadaannya sangat kerana apa? Ya, kerana kemontelannya tu membolehkan suami bergolek dengan laju dan mengurangkan kecederaan pada suami, silap silap si isteri boleh tumpang landing atasnya.

Amacam, bagus kan bila suami berisi ni? Jangan serius sangat..

No comments

Powered by Blogger.