Jangan Tunggu & Tangguh! Mulalah Berniaga Walaupun Dengan Hanya 'Part Time' - Abang Terlajak Laris


Jangan Tunggu & Tangguh! Mulalah Berniaga Walaupun Dengan Hanya 'Part Time'


Berbeza dengan kerja, bisnes memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Memulakan bisnes sendiri adalah tindakan yang berisiko bagi para pelajar.

Namun berniaga adalah cara yang terbaik untuk pelajar memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana. Antara kebaikan berniaga secara part time adalah:

1 – Menguruskan Masa Dengan Lebih Efektif
Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja secara part time. Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri, dan tidak menurut mana-mana pihak atasan. Apabila kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej dan sebagainya.

2 – Bebas Kewangan Lebih Awal
Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan. Situasi ini berlaku terhadap seorang usahawan wanita yang saya kenali. Beliau cuma berusia 23 tahun, tetapi empayar perniagaannya sudah menembusi pasaran luar negara.

Nasihat beliau untuk para pelajar yang ingin memulakan perniagaan adalah,

“Mula berniaga sekarang. Kerana lebih banyak kita buat dan belajar, maka lebih cepat untuk kita berjaya.”

3 – Potensi Pendapatan Tidak Terhad

“9/10 rezeki datang daripada perniagaan”.

Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan semasa di kolej lebih mudah untuk mencapai kekayaan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun.

Sumber: Aqif Azizan 

No comments

Powered by Blogger.