Kahwin Sampai Guna Duit 'Loan'? Perlu Ke? - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Kahwin Sampai Guna Duit 'Loan'? Perlu Ke?


Siapalah yang tak inginkan perhubungan berakhir dengan perkahwinan dan pernikahan yang sah. Lebih-lebih lagi, bila mereka yang sedang bahagia kini memuatnaik banyak gambar mereka di laman sosial, lagilah membuatkan hati meruntun-runtun nak kahwin. Cemburulah juga kan?

Tapi, masalahnya. Duit tak cukup lagi. Iya lah, nak beli barang hantaran lagi, nak sewa khemah, upah mak andam, pelamin, makanan dan sebagainya. Belum lagi kira wang hantaran yang ditetapkan sebelah pihak perempuan.  

Pening kan dibuatnya? Bila dah tak cukup duit, mulalah otak 'duk' terfikir nak buat pinjaman. Sesudahnya, ke bank lah juga. Berhutanglah jawabnya sebab nak puaskan hati semua orang. Yang sengasaranya, tuan badan! 

Masalah kahwin yang selalu jadi perkara 'susah' ;

1) Kahwin tidak mengikut kemampuan
2) Nak puaskan hati smeua orang
3) Mengikut 'trend'
4) Hantaran terlalu tinggi

Pengalaman Saiful Nang;

Nasihat saya, jangan sampai buat 'loan' untuk kahwin. Sebaliknya berkahwinlah pada sekadar kewajaran dan kemampuan bukan untuk memuaskan hati orang lain kita pula terpaksa tanggung hutang. Mudah meminjam tapi memulangkannya yang susah. Carilah isteri yang boleh menerima kamu seadanya kamu. Jika tidak, tinggalkan sahaja kerana dia bukan selayaknya untuk kamu? Saya pernah dahulu berada dalam industri perkahwinan. Betul perkahwinan ialah satu industri sedangkan yang wajib bagi kami lelaki ialah maskahwin yang tidak sampai kamu berhutang. Saya sendiri sering melihat bagaimana pembaziran berlaku pada kadar di luar kemampuan diri. Hanya nak ikutkan trending sahaja.

Kepada bapa-bapa kepada anak gadis, permudahkan perkahwinan anak bila sampai cukup umurnya. Belum tentu lelaki yang meminang anakmu dengan puluhan ribu RM hantaran menghantar wang sendiri, ia mungkin pinjaman yang anak kamu juga perlu bayar sehingga anakmu melahirkan cucumu nanti. Jangan fikir anak anda berkahwin dengan lelaki yang kaya tetapi kahwinkanlah anakmu kelak mereka akan kaya bersama.

No comments

Powered by Blogger.