Khasiat Gabungan Minyak Kelapa & Daun Kari Untuk Uban Orang Muda - Abang Terlajak Laris


Khasiat Gabungan Minyak Kelapa & Daun Kari Untuk Uban Orang Muda


Perkongsian oleh Fiona Pencinta Kari via Mastura Rashid,

Perasan tak wanita india, dari muda sampai ke tua jarang kita tengok rambut mereka menipis? Rambut pun lambat beruban.

Yang kita ni, umur 20 tahun dah ada uban sejemput. Bila orang tanya, rambut putih tu apa, kau kata adik yang kecik main cat masa kau tidur.

Nak tahu salah satu cara mujarab untuk uban orang muda?

Guna daun kari.
Ya, daun kari. Daun kari tinggi beta carotene dan protein. Beta carotene dalam daun kari mengelakkan rambut gugur lebih teruk, dan protein pula elakkan rambut menipis.

Zat lain yang terdapat dalam daun kari pulak boleh menguatkan akar rambut, merangsang pertumbuhan rambut dan buatkan rambut tumbuh dengan lebih sihat.

Nak tahu cara, klik gambar ya.

Lain hari, fiona tunjuk minyak rambut daun kari campur buah keras. Ramai beli buah keras Flores, tapi selain untuk masak, kita guna untuk buat minyak rambut ok.

Buah keras Flores organik, dan kandungan minyak dia tinggi. Jadi sangat mujarab untuk lebatkan dan hitamkan rambut.

Bayangkan daun kari dicampur buah keras, confirm rambut kau lebat macam trolls.

Cara caranya 

1. Sediakan segenggam daun kari, minyak kelapa dara dan alatan untuk masak minyak kelapa dan daun kari. 

2. 100 mililiter saja. Cukup untuk dua ke tiga minggu penggunaan.


3. Didihkan cara double boiler macam kita masak chocolate ganache.  Dah didih minyak kelapa, masukkan daun kari. Masak daun tu dengan api perlahan. Bau semerbak akan keluar ok.



No comments

Powered by Blogger.