Masker Manjakani Untuk Buang Sel Mati, Kecilkan Jerawat & Kecilkan Pori - Abang Terlajak Laris


Masker Manjakani Untuk Buang Sel Mati, Kecilkan Jerawat & Kecilkan Pori


Perkongsian oleh Puan Sahira Lim

Biji manjakani kaya dengan 1001 khasiat. Salah satunya dijadikan masker manjakani homemade. Gabungkan 3 adunan bahan semulajadi inilah cara paling mujarab merawat kulit bermasalah. 

Cara Amalan : Gunakan 3 kali seminggu bagi kulit normal. Anda yang ada masalah kulit muka yang kronik disarankan memakainya setiap hari.

Bahan-bahan
Biji manjakani
Minyak zaitun ( Ira guna minyak zaitun soft gel saja)
Sedikit air

Cara caranya
Mula-mula tumbuk biji manjakani. Ini guna gred AA. Tapi apa saja jenis gred pun tak menjadi satu masalah sebenarnya.

Kemudian, masukkan dalam mesin pengisar kering dan kisah sehingga halus.

Selepas dikisar dan kalau rajin boleh tapis untuk jadikan serbuk yang lebih halus.

Campurkan dengan minyak zaitun. Tambahkan sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi pes macam ini.

Sapukan di wajah anda dan tunggu sehingga 5-15 minit atau sehingga kering. Bilas wajah dengan air suam dan gosok-gosok untuk dijadikan scrub muka.

Khasiat 

Biji Manjakani: Ia berupaya mengecilkan jerawat dan pori-pori di wajah.

Minyak Zaitun: Sangat bagus dalam merawat luka-luka kesan jerawat dan memberi kelembapan pada kulit wajah.

Masker Manjakani Homemade ini sememangnya sangat membantu bagi membuang sel kulit mati. Dan anda jangan bimbang kalau muka tu jadi kuning. Warna kuning tu sebenarnya disebabkan air dari masker tadi. Jangan tak tau, itulah khasiat sebenar masker ajaib ini.

No comments

Powered by Blogger.