'Mereka Hanya Lihat Apa Yang Dipertontonkan Sahaja', 3 Perkara Ini Usahawan kena Pegang Untuk Berjaya - Abang Terlajak Laris


'Mereka Hanya Lihat Apa Yang Dipertontonkan Sahaja', 3 Perkara Ini Usahawan kena Pegang Untuk Berjaya


Nak jadi usahawan, hati kena cekal dan tak boleh mudah putus asa. Itu yang terpenting. Ya lah, kita baru nak menapak tapi pelbagai masalah akan muncul nanti, kalau cepat sangat give up tak kemana kita. Betul tak?

1. Sentiasa Rendah Diri
Kita ni berniaga adalah nikmat dari Allah, kalau silap cara mungkin jadi ‘ujian’ & ‘dugaan’ juga dari Dia. Sikit ke banyak hasil yang diperolehi, mesti kena ada rasa syukur, barulah Allah beri keberkatan kepada bisnes kita.

2. Hormati Pelanggan
Siapalah kita tanpa pelanggan yang beri sokongan dengan sentiasa beli produk/servis kita. Kan lagi best kita mintak respon diorang apa yang best, apa yang tak best tapi kita boleh upgrade lagi. Kan lagi dasyat bisnes lepas tu.

Tak bolehlah asyik nak dengar yang indah-indah jer, saya sendiri setiap pelanggan akan isikan borang feedback, memanglah ada yang kita baca boleh buat berdarah telinga.

Elakkan dari menengking atau memarahi pelanggan.. tak bestlah. Bukan kita sorang jer berniaga, ramai lagi pesaing kita. Silap-silap dia pergi kat orang lain pulak lepas ni.

3. Hormati Pesaing
Ni paling payah nak buat tapi nak tak suka tak suka kena belajar untuk hormat pesaing kita. Nak berniaga bagus bukan semestinya kena jatuhkan pesaing. Rezeki tu kan dari Allah, Dia kan Maha Kaya.

Ada rezeki untuk kita, ada rezeki milik orang lain. Kita bersaing jer secara sihat. Lagipun ada pesainglah yang akan buat kita sentiasa nak beri yang terbaik pada pelanggan, kalau tak pelanggan akan pergi kat orang lain.

Jaga hati, insyaAllah dimurahkan rezeki.

Sumber: Najib Asaddok

No comments

Powered by Blogger.