Nak Kulit Muka Yang Lembut & Mulus? Hanya Guna Beras & Yogurt - Abang Terlajak Laris


Nak Kulit Muka Yang Lembut & Mulus? Hanya Guna Beras & Yogurt


Nak dapatkan kulit muka yang lembut dan mulus bukannya mudah. Lagi-lagi bagi mereka yang mengalami masalah kulit wajah.

Perkongsian Nurul Najwa menerusi Facebook miliknya bagi mendapatkan kulit muka yang lembut dan gebu ini patut anda cuba. Jom kita cuba.

Bahan-bahan
Beras
Yogurt perisa asli

Cara membuat
1- Sediakan beras dan yogurt perisa asli.
2- Kisarkan beras hingga hancur.
3- Gaulkan yogurt bersama beras yang telah dikisar tadi hingga rata.
4- Sapukan ke seluruh muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.
5- Kemudian cuci muka bersih dan lihatlah hasilnya.

4 Kelebihan Yogurt Perlu Tahu

1. Mengangkat Sel Kulit Mati
Tekstur yogurt yang lembut dan lembap bertindak cukup positif kepada kulit wajah. Malah yogurt juga mampu menjadi scrub yang baik untuk menanggalkan sel kulit mati.

2. Atasi Masalah Kulit Kering
Sifat yogurt yang lembap ini membolehkan ia disyorkan untuk merawat masalah kulit kering dan juga sensitif. Gunakan yogurt asli dan sapukan pada kulit wajah.

3. Pulihkan Jerawat
Kandungan asid di dalam yogurt mampu membunuh bakteria yang terdapat di dalam gumpalan jerawat. Jadi tidak hairanlah ia digunakan dalam sebarang rawatan kulit sensitif.

4. Sembuhkan Kulit Terbakar
Yogurt mengandungi zink yang membantu meringankan kulit dan kegatalan akibat daripada simbahan cahaya matahari berlebihan atau sunburn.

Campurkan yogurt bersama minyak zaitun dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 15 minit dan lihat hasilnya.

No comments

Powered by Blogger.