Nak Nampak 10 Tahun Lebih Muda Tanpa Botox? Cuba 5 Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Nampak 10 Tahun Lebih Muda Tanpa Botox? Cuba 5 Cara Ni


Wanita hari ini lebih suka mengambil jalan pintas dan mudah untuk mendapatkan wajah cantik dan awet muda. Sekarang ni ada bermacam produk dipasaran untuk membuatkan wajah lebih cantik seperti suntikan botox atau pembedahan plastik.

Tapi sebenarnya ada cara mudah dan paling selamat untuk dapatkan kulit cantik dan muda tanpa kesan sampingan.

1. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Penyelidikan yang diterbitkan di dalam National Center for Biotechnology Information mendedahkan, gula adalah makanan paling teruk untuk kulit anda kerana ia menyebabkan keradangan dan mengurangkan kolagen kulit yang mengakibatkan kulit kendur.

2. MAKANAN LEMAK SIHAT & PROTEIN
Tubuh memerlukan lemak dan protein untuk membuat kulit lebih sihat. Lemak yang dimaksudkan ialah lemak sihat yang diperoleh dari ikan, makanan laut, minyak zaitun, dan kacang. Lemak ini mengurangkan keradangan dan melembapkan kulit secara semulajadi.

3. SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN SETIAP HARI
Antioksidan mampu mencegah radikal bebas dalam kulit dengan mengamalkan buahan dan sayuran. Antioksidan dapat mencegah penuaan dan sel-sel kulit dapat tumbuh semula serta menjadikan kulit kelihatan muda.

4. MINUM AIR
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk menyingkirkan toksin supaya nutrisi yang baik dapat diserap oleh badan dan disalurkan ke kulit.

5. ELAKKAN ROKOK & ALKOHOL
Rokok dan alkohol hanya akan merosakkan badan dan mempercepat penuaan. Kajian itu juga mendedahkan bahawa kulit perokok adalah lebih kering, lebih banyak kedutan dan kusam.

No comments

Powered by Blogger.