Negara Paling Gemuk di Asia Tenggara, Jom Cegah Obesiti Sebelum Terlambat - Abang Terlajak Laris


Negara Paling Gemuk di Asia Tenggara, Jom Cegah Obesiti Sebelum Terlambat


Menurut Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, 15.1 peratus rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mengalami obesiti pada 2011. Malah peratusan ini semakin meningkat saban tahun sehingga Malaysia memegang rekod Negara paling gemuk di Asia Tenggara dengan kadar obesiti paling tinggi.

Jadi, cegah sebelum terlambat. Amalkan perkara perkara ini. 

1. Ubah sikap dan jalani cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal.

2. Pengambilan makanan boleh dikawal dengan bantuan kaunseling oleh pegawai dietetik. Bagi peningkatan aktiviti fizikal atau bersenam, dapatkan konsultasi daripada pegawai pendidikan kesihatan atau pakar kecergasan.

3. Tingkatkan pengambilan kadar serat dan kurangkan lemak serta karbohidrat.

4. Amalkan aktiviti fizikal sederhana misalnya melakukan aktiviti kecergasan 60 hingga 90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes.

5. Dapatkan sesi konsultasi dan berbincang dengan pakar pemakanan untuk merangka jadual pemakanan seharian anda. Ia bagi memastikan hanya pemakanan yang berkhasiat sahaja diambil.

No comments

Powered by Blogger.