Pancake Kentang Cheese, Sedap! Anak Anak Mesti Suka - Abang Terlajak Laris


Pancake Kentang Cheese, Sedap! Anak Anak Mesti Suka


Perkongsian oleh Aida Ismail‎,

Bahan bahan:
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada

Cara-cara:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. 

Goreng sampai kentang lembut dan lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tak payah halus sangat pun takpa biar kasar kasar sikit.

Dalam bekas lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada. Masukkan kentang yang dilenyek tadi. 

Gaul sekata. Panaskan non stick pan dengan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. 

Saya guna cheesedale dan mozarella. Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. 

Letak lagi selapis lapisan cheese. 

Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas. Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak agak dalam 7 minit dah masak bolehlah angkat.

No comments

Powered by Blogger.