Penyakit Kanser Testis Boleh Bawa Maut! Penting Untuk Lelaki Lakukan Pemeriksaan Tiap 6 Bulan - Abang Terlajak Laris


Penyakit Kanser Testis Boleh Bawa Maut! Penting Untuk Lelaki Lakukan Pemeriksaan Tiap 6 Bulan

Gambar: www.maskulin.com.my
Pemeriksaan buah zakar adalah sangat dianjurkan sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Berita baiknya, anda sendiri boleh melakukan dan jika ada keganjilan, maka segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Berikut merupakan langkah-langkah yang harus anda ambil untuk memeriksa buah zakar atau testis:

1. Mandi air panas agar skrotum atau kerandut buah zakar berada dalam keadaan lembut. Keadaan lembut begini boleh memudahkan anda untuk membuat pemeriksaan.

2. Berdiri di hadapan cermin dan periksa bahagian kulit di sekitar sktrotum kanan dengan mengampukan menggunakan tangan kanan.

3. Jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah testis kanan manakala ibu jari di bahagian atas testis. Rasa testis mengunakan jari-jari tersebut, beri perhatian terhadap perubahan saiz dan kehadiran ketulan yang tidak normal.

4. Jika ada terasa ketulan-ketulan kecil serta berasa sakit bila ditekan, picit atau urutkan perlahan-lahan hingga kesakitan reda.

5. Lakukan juga kaedah pemeriksaan yang serupa pada testis dan skrotum yang berada di sebelah kiri pula.


Tidak susah bukan? Kita perlu prihatin akan hal-hal seperti ini kerana kaum lelaki zaman ini sering diancam dengan penyakit kanser testis yang boleh meragut nyawa. 

Amalkan pemeriksaan tersebut dan bersegeralah berjumpa dengan doktor jika menjumpai perkara ganjil pada testis anda. Tindakan awal anda boleh menyelamatkan nyawa anda.

Sumber: Lelakisihat

No comments

Powered by Blogger.