Perut Meragam? Cuba Atasi Dengan ‘Susu Buang Angin’ - Abang Terlajak Laris


Perut Meragam? Cuba Atasi Dengan ‘Susu Buang Angin’


Perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad

Beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan  campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan akan melawas dengan baik. Menurut beliau lagi, syarat utama minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.

Bahan-Bahannya:
2 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Madu
1/2 inci Halia Tua
1 cawan Air Panas

Cara Membuat:
1.Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.

2.Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.

3.Masukkan pula madu.

4.Setelah itu masukkan pula susu tepung.

5.Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Selamat Mencuba! 

No comments

Powered by Blogger.