Petanda & Langkah Pencegahan Masalah Kencing Kotor - Abang Terlajak Laris


Petanda & Langkah Pencegahan Masalah Kencing Kotor


Pernahkah anda mengalami masalah kencing kotor? Lazimnya ia dialami oleh wanita yang mengandung, namun lelaki juga tak terlepas daripada terkena masalah ini. Ia turut dikenali dengan nama jangkitan saluran kencing (UTI) yang menunjukkan adanya keradangan pada saluran kencing.

Berikut merupakan petanda anda sedang mengidap masalah kencing kotor:

1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.

2.  Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.

3.  Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.

4.  Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

5.  Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

6.  Demam dan seram sejuk.

Oleh itu, langkah pencegahan haruslah sentiasa dilakukan bagi mengelakkan adanya jangkitan kuman pada saluran kencing pada masa akan datang.

Berikut merupakan langkah pencegahan yang disyorkan:

1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.

2. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

3. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas,

4. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.

5.Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.

6. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan Napkin .

7. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

8. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

9. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

10.  Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan. 

Sumber: Blog Ummiazalin

No comments

Powered by Blogger.