Petua Susutkan Bengkak Yang Mujarab & Pantas. Cubalah! - Abang Terlajak Laris


Petua Susutkan Bengkak Yang Mujarab & Pantas. Cubalah!


Puan Lina Hassan berkongsikan satu petua hilangkan bengkak kaki yang telah dicubanya. 

Menurutnya, 2 minggu lalu ibunya terjatuh dan kakinya terseliuh. Sebelum kakinya diurut, kena pastikan bengkaknya surut terlebih dahulu. Jadi, inilah cara yang telah digunakan dan Alhamdulillah berjaya menyusutkan bengkak tersebut.

Bahan-bahan
Segenggam beras
Segenggam kencur
Sedikit air

Cara-cara
1. Sediakan Bahan
Seeloknya beras direndam 1 jam sebelum ditumbuk.
Kencur pula dibasuh hingga bersih. Tak perlu dibuang kulitnya.

2. Tumbuk Bahan
Seterusnya, tumbuk kedua-dua bahan tadi hingga lumat.

3. Tambahkan Sedikit Air
Bila dah agak hancur, boleh tambahkan sedikit air. Teruskan menumbuk hingga betul-betul halus.

5. Siap Untuk Digunakan
Bila dah hancur, boleh masukkan ke dalam bekas. Siap untuk digunakan.
Kalau ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk.

6. Sapukan Pada Tempat Bengkak
Sapu rata pada bahagian yang bengkak. Biarkan seketika supaya bahan-bahan meresap. Bila dah agak kering, bolehlah bilas semula dengan air bersih.

Biasanya kita sapu waktu malam biarkan semalaman. InsyaAllah esok pagi dah susut.


*Kalau masa berpantang, boleh juga guna petua ini. Tapi elok tambahkan sedikit kunyit dalam ramuan. Sapukan seluruh badan bagi angin keluar.

NAMPAK KESANNYA DALAM SEMALAMAN

Pakai semalaman dah nampak susut kaki. Kena pakai sampai kaki hilang bengkak. Lebih kurang 2-3 kali.

Sebenarnya, orang dulu-dulu dah lama amalkan petua ini untuk hilangkan bengkak. Segelintir masih lagi mempraktikkannya kerana terbukti berkesan. Bahkan, ada juga yang terus kunyah kencur dan beras untuk terus disapu pada bahagian bengkak.

Apapun, kalau bengkak masih tak surut, jangan teragak-agak mendapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital ya. Petua ini sebagai ikhtiar saja.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.