Petua Tradisional Buang Kotoran Degil & Daki Pada Kulit Kepala Guna Kulit Tembikai - Abang Terlajak Laris


Petua Tradisional Buang Kotoran Degil & Daki Pada Kulit Kepala Guna Kulit Tembikai


Bagi mereka yang banyak melakukan kerja luar atau memandu motorsikal sering mengalami masalah kulit kepala kering dan berdaki disebabkan cuaca dan habuk. Apabila berpeluh menyebabkan rambut berbau nak pula bila pakai helmet.

Jadi kami ingin kongsikan satu petua tradisional mudah untuk menjaga kulit kepala tanpa perlu membeli syampu dan perapi rambut yang mahal.

Anda boleh gunakan kulit tembikai untuk bersihkan kotoran pada kulit kepala. Cara bersihkan kotoran terutamanya pada kulit kepala sangat mudah dan ringkas caranya.

Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. 

Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. 

Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kotoran.

Sumber: Petua Ibu

No comments

Powered by Blogger.