Ramai Lelaki Hidapi 3 Masalah Utama 'Sakit Tuan', Ini Jawapan Pakar - Abang Terlajak Laris


Ramai Lelaki Hidapi 3 Masalah Utama 'Sakit Tuan', Ini Jawapan Pakar


Ramai sebenarnya lelaki mengalami masalah ini, tetapi kalangan mereka malu untuk berjumpa dengan doktor. Setuju tak? Jom ketahui apa masalahnya dan jawapan oleh pakar ini. 

1. Masalah pancut awal?

Salam doktor, saya baru berusia 21 tahun dan saya ingin mengajukan 2 soalan.Soalan pertama, zakar saya sekarang membelok ke kiri. Adakah itu menandakan zakar saya tidak sihat? Dan keduanya saya mengalami masalah pancut awal tetapi saya masih belum berumah tangga. Apakah yang boleh saya buat doktor untuk mengelakkannya?- Remaja Runsing, Terengganu.

Jawapan:

Zakar yang bengkok dalam keadaan ereksi dinamakan “peyronies disease”  yang mana luka atau cedera pada zakar dalam ereksi akan menyebabkan terbentuknya tisu fibrosis atau tisu luka yang liat. Ini boleh menyebabkan zakar bengkok ke kiri atau kanan bergantung pada sebelah mana fibrosis terbentuk. Kondisi ini memerlukan rawatan jika ia menyusahkan pesakit apabila melakukan hubungan seks iaitu pesakit mengalami sakit yang teramat atau susah untuk melakukan penetrasi.

Pancutan awal air mani dinamakan premature ejaculation (PE) atau ejakulasi pramatang dan keadaan ini menyebabkan seseorang mengeluarkan air mani jauh lebih awal atau sebelum isteri memuncak syahwat. Biasnya PE disebabkan oleh faktor psikologi seperti stres, tekanan emosi, kemurungan dan sebagainya. Ada peratus kecil mungkin disebabkan oleh faktor fizikal seperti ubat-ubatan , kecederaan dan sebagainya. Saudara perlu berjumpa pakar untuk mengenal pasti punca dan rawatan sama ada dalam bentuk fisioterapi atau ubat-ubatan lain.

2.  Air mani tidak pekat?

Salam doktor, saya sudah hampir 3 tahun berumah tangga. Saya menghadapi masalah berkaitan dengan kepekatan air mani setiap kali saya menjalani hubungan seks dengan isteri. Air mani saya seolah-olah cair dan tidak pekat. Adakah cara untuk memekatkan air mani saya?- Din, Kota Bharu

Jawapan:

Air mani adalah cecair yang dikeluarkan apabila seseorang lelaki memuncak syahwat. Air mani terdiri daripada campuran sperma, glukos, rembesan kelenjar prostat, antibodi dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk memelihara kualiti sperma. Kesuburan sperma bergantung pada jumlah minima air mani yang dikeluarkan. Bilangan sperma di dalam air mani, kuantiti sperma dari segi pergerakannya atau dinamakan motility dan rupa bentuk atau dinamakan morfologi sperma. Cair atau pekat air mani bergantung pada faktor-faktor ini. Analisa air mani perlu dibuat untuk menentukan kesuburan seseorang.

3. Saiz zakar sukarkan hubungan se ks

Doktor, saya mengalami masalah berkaitan dengan saiz zakar saya sukar untuk dimasukkan ketika bersetubuh dengan isteri, sehinggakan menimbulkan kesukaran buat kami. Bagaimana untuk saya menyelesaikan masalah ini?- Jeff, Taiping

Jawapan:

Ketika bersetubuh, zakar perlu mengalami ereksi untuk dimasukkan ke dalam faraj. Jika  seseorang mengalami masalah ereksi, ini akan menimbulkan kesukaran untuk bersetubuh. Saiz zakar tidak memainkan peranan yang penting apabila bersetubuh. Apa yang penting adalah kualiti ereksi atau ketegangan zakar. Kadangkala kaum wanita  yang mengalami kekejangan otot faraj ketika melakukan hubungan boleh menimbulkan kesukaran untuk dimasukkan zakar ke dalam faraj. Keadaan ini dinamakan vaginismus.Biasanya pasangan perlu berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti masalah supaya rawatan yang sewajarnya boleh diberikan.

Sumber: Karangkraf

No comments

Powered by Blogger.