Resepi Air Kencur, Baik Untuk Dalaman Wanita - Abang Terlajak Laris


Resepi Air Kencur, Baik Untuk Dalaman Wanita

Minuman ini sesuai dimalkan oleh wanita dalam pantang, yang baru alami keguguran dan ibu yang masih menyusukan bayinya. Orang lelaki pun boleh minum dan tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan Air Kencur

2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air


Cara Penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.

Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.

Bila berjamu, jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam.

Bila amalkan jamu, pastikan minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Manfaat Air Kencur

Minuman ini mampu mengembalikan kesegaran dan tenaga badan . Jika diamalkan, ia mampu mengawet muda juga.

Minuman ini sesuai diamalkan oleh lelaki dan semua para wanita terutamanya wanita dalam pantang/ keguguran dan menyusu.

Tengok Juga Kebaikan Air Kencur Ini

Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
Menyembuhkan kembung perut.
Melegakan perut memulas.
Mengurangkan bengkak.
Melancarkan darah haid.
Melegakan batuk dan sakit tekak.
Pecah angin dalam urat saraf.
Senak perut.
Buang angin.
Menghilangkan lenguh sakit sendi.
Mengurangkan muntah untuk ibu hamil.
Memecahkan lemak badan.
Bertindak sebagai antibakteria dan antifungus.
Meredakan demam panas.
Melancarkan perjalanan darah.
Mewangikan badan.

Sumber: Amanda Tan (Amoi Jamu) via Mingguan Wanita

siapa pernah cuba kocok ni cuba share pengalaman anda?? . . boleh memperlahankan proses penuaan. Mencegah gejala menopaus. Membantu mengatasi masalah angin di dalam badan. Mengatasi masalah bau bahagian intim wanita. Menguatkan bahagian rahim. Memulihkan tenaga selepas bersalin. Mengekalkan berat badan yang ideal. Membantu mengawal paras kolesterol. Membantu kawal gula di dalam darah. Melancarkan peredaran darah. Mengawal tekanan darah. Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit kusam. Memelihara keremajaan kulit. Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Meningkatkan tahap metabolisme. Meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan. Menguatkan sistem imunisasi. Memelihara kesihatan dalaman kaum wanita. Mengatasi keletihan dan kelesuan tubuh badan. Menyingkirkan toksin. Mengetatkan otot faraj. Merawat masalah keputihan, senggugut, dan kitaran haid. Meningkatkan keinginan (libido) dan fungsi seksual wanita. Menganjal dan membesarkan saiz payudara. Mengatasi masalah sakit puan. . . kepada korang yang nak cuba harga x mahal hnya rm69jee botol besar tahan 2bulan.. boleh dapatkan pada ini di semua kedai jamu farmasi caring dan juga melalui Agen online kami seperti di bawah💯 berkesan..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

No comments

Powered by Blogger.