Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah! - Abang Terlajak Laris


Resepi Lala Kam Heong sedap dan mudah!


Bahan-bahan:
1/2 kg Lala
1 sudu besar udang kering ( cincang )
1 sudu kecil bawang putih ( cincang )
1 sudu kecil bawang merah ( cincang )
6 tangkai cili kering ( potong halus )
Beberapa tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes
1 biji bawang besar ( potong besar )
1 sudu besar kicap

Cara-cara:
1. Panaskan minyak
2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi.
3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.
4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi.
5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda.
6. Masukkan lala dan bawang besar tadi.
7. Goreng sehingga anda rasa lala masak.
8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.

No comments

Powered by Blogger.