Selain Elakkan Pengambilan Toksin, 4 perkara Ni Korang Kena Buat Untuk Kekal Sihat - Abang Terlajak Laris


Selain Elakkan Pengambilan Toksin, 4 perkara Ni Korang Kena Buat Untuk Kekal Sihat


Kekal sihat sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang senang untuk dilakukan. Ia perlukan dedikasi, motivasi, usaha, masa dan dalam sesetengah kes perlukan duit yang banyak. Ada banyak cara free sebenarnya anda perlu lakukan untuk kekal sihat. 

1. Elak toksin. Contohnya kurangkan pengambilan makanan jajan, makanan yang diproses dan makanan yang dibungkus. Makanan-makanan tersebut pada asalnya adalah selamat, cuma kalau tidak terkawal ia boleh memudaratkan.

2. Bersenam. untuk dapatakan badan yang cergas, bantu perkembangan otak agar menjadi lebih cerdas dan berfungsi dengan optimum, membakar lemak dan meningkatkan hormon dan fungsi asas badan.

3. Tidur kena cukup. Bukan lebih OK! Penting untuk kesihatan umum badan dan kajian menunjukkan bahawa tidak cukup tidur boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit, termasuklah obesiti dan sakit jantung.

4. Janganlah stress. Dengan mengatasi masalah stress, ia bukan sahaja menjadikan hidup anda bahagia malah boleh memberikan tahap kesihatan yang optimum.

5. Ambil makanan berkhasiat. Cuba ambil makanan yang tidak diproses atau diolah di kilang. Gabungkan pengambilan daging dan sayur-sayuran; daging, ikan, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijian dan sedikit makanan berlemak dan produk tenusu.

Macam mana boleh tak lakukan? Kena buat juga kalau nak kekal sihat. Jom bersenam.

No comments

Powered by Blogger.