Setahun Dua Kahwin, Sudah Banyak Masalah Dalaman? Cuba Amalkan Herba Ini - Abang Terlajak Laris


Setahun Dua Kahwin, Sudah Banyak Masalah Dalaman? Cuba Amalkan Herba Ini


Setahun dua kahwin, sudah ada banyak masalah dalaman?  Sebab itu orang dahulu berpegang kepada amalan atau petua tertentu. Ini termasuklah mengamalkan buah nenas batu. 

Ia turut dikenali sebagai Bunga Kembang Setahun. Kini, semakin ramai yang menjualnya secara online, jadi tiada masalah untuk mendapatkannya.  Antara khasiat nenas batu, memetik laman Cahayapurnama.com ialah:

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin (ambil seminggu sekali sahaja)
2. Melawaskan kencing
3. Membantu melancarkan pembuangan angin
4. Memperlahankan menopause
5. Cukup berkhasiat untuk mengelakkan buasir

Apa pun dikatakan wanita mengandung dilarang ya, kerana boleh menyebabkan keguguran. 

Berikut pula adalah cara menggunakan nenas batu:

1. Basuhkan buah itu daripada kotoran.
2. Masukkan dalam jag atau bekas tahan panas.
3. Tuangkan air panas dan biarkan buah direndam. Usah khuatir jika buah itu menguncup; ia tindakbalas biasa.
4. Setelah satu jam, dan buah itu telah mendap ke bawah, keluarkan buah tersebut.
5. Jemurkan buah di bawah cahaya matahari untuk penggunaan pada hari lain.
6. Air tadi boleh ditapis untuk diminum sebagai amalan. Hanya perlu minum segelas sehari, dan bagi yang ingin mengecutkan rahim memadailah sekali seminggu.

Untuk pembelian boleh layari IG: dherbs_holdings_hq

No comments

Powered by Blogger.