Skrub Semulajadi Untuk Awet Muda, Guna Halba & Putih Telur - Abang Terlajak Laris


Skrub Semulajadi Untuk Awet Muda, Guna Halba & Putih Telur


Perkongsian petua yang diamalkan oleh Sumaiyah Abdullah;

Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.

Seriusly, dah hampir 3 bulan ciksu amal petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa smooth sangat bila sentuh.

Bahan-bahan 
Halba
Putih telur

Cara-Cara 
1.Kisar halba sehingga menjadi serbuk menggunakan pengisar kering.
2.Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.
3.Kacau rata.
4.Sapu kat muka atau tangan.
5.Biarkan kering.
6.Bilas dengan air suam.

Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me.
Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam.

Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak.

*Halba yang dah dikisar boleh disimpan dalam bekas cecantik pastu letak kat bilik air.


Khasiat Halba untuk kulit

Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.

Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.

Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.

Sumber & Foto: Sumaiyah Abdullah

Hi uolls.. Selamat malam.. Mesti ade yg tgh pk pasal keje esk kn.. Xpuas kn cuti 2 hari je.. _ Sis nk pesan skit nie sebelum uolls tido.. Cuci muka dlu sebelum tido ea.. Kulit perlu dimanja kn sebelum tido uolls.. _ So nnti uolls bgn tido esk xde la muka berminyak pas tu nnti ade jerawat.. So uolls pandai2 la jg kulit ea.. Sis pun sebelum tido nie pakai AURA 7 BUNGA SKINCARE nie.. Yang bestnya bleh pakai siang dan malam.. So lepas nie kulit uolls mesti cantik.. tp jgn harapla nk cantik lgi dr sis.. hahahaha πŸ˜‚ _ Ok la uolls.. Esk pagi sis update blik ea.. Bubye uolls.. Yang belum solat tu.. Solat dlu ea sebelum tido.. Nite uolls.. Muahhciked πŸ’‹πŸ’‹ _ #siscuba #selamatmalam #janganlupacucimuka #aura7bungaskincare

A post shared by Dherbs Holdings Sdn Bhd (@dherbs_holdings_hq) on

No comments

Powered by Blogger.