10 Perkara Suami Isteri Kena Jaga Elak Rumahtangga Porak Peranda - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

10 Perkara Suami Isteri Kena Jaga Elak Rumahtangga Porak Peranda


Bagi yang bergelar suami isteri, masing-masing kena jaga beberapa perkara berikut supaya rumah tangga bahagia hingga ke jannah.

1. Jaga hubungan dengan Allah

Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Solat jangan tinggal, lagi bagus kalau suami boleh ajak isteri solat berjemaah dan ajar isteri bab-bab agama yang isteri tak tahu. 

2. Jaga aib pasangan masing-masing

Jangan terlalu 'open minded' dan urban sangat hingga aib pasangan hendak diberitahu kepada semua orang. 

3. Jangan viralkan masalah rumah tangga dalam media sosial

Kalau ada masalah dalam rumah tangga, jangan sesekali kongsi dalam facebook. Anda hanya akan mengundang lebih banyak masalah. 

4. Tak perlu kongsi kebaikan suami

Sebagai isteri sudah tentu anda akan berasa bangga dan beruntung kerana ada suami yang rajin membantu tetapi jangan lupa ia juga boleh membuka pintu masalah lain. Mungkin ada wanita lain yang akan 'request friend' dengan suami anda di facebook, kemudian dia menghantar mesej peribadi kepadanya maka terjalinlah hubungan. Lebih baik kita fikirkan kesan buruknya berbanding menafikan ia untuk berlaku.

5. Kemas rumah bersama-sama

Sebenarnya lagi bahagia rumah tangga kalau suami isteri kemas rumah bersama-sama.  Isteri pun penat juga seharian menguruskan kerja di pejabat atau anak-anak di rumah. Jadi, tak salah kalau suami tolong apa-apa kerja yang patut.

6. Jangan komen cara kerja pasangan

Bagi si isteri pula, kalau suami jenis yang ringan tulang maka bersyukurlah. Jangan pula komen cara kerja pasangan. Contohnya, tak suka cara suami melipat atau menyidai pakaian.  Lagi melampau boleh pula kongsi ketidakpuasanhati dengan cara kerja suami di facebook. 

7. Utamakan kewajipan

Kewajipan seorang isteri di rumah sudah pasti menjaga keperluan suami. Jadi, kalau di rumah pastikan anda bereskan dahulu menyediakan makan minum suami. Jangan leka sangat melayan mesej di facebook dan whatsapp sampai suami kelaparan!

8. Ucap terima kasih

Tak susah untuk mengucapkan terima kasih tapi masih ramai yang berat hendak mempraktiskannya. Tahukah anda, dengan ucapan terima kasih secara ikhlas daripada suami atau isteri ia mampu membuatkan pasangan berasa sangat disayangi.

9. Selalulah memuji

Biasakan memuji kebaikan atau penampilan pasangan. Jangan sampai orang lain yang memuji suami atau isteri anda. Suami dan isteri yang kerap menerima pujian akan lebih menghargai pasangannya. 

10. Jangan lupa peluk cium pasangan

Kajian psikologi mendapati pelukan suami isteri dapat mengurangkan tekanan perasaan. Pelukan yang dilakukan sebelum tidur selama 10 minit (tanpa diteruskan dengan hubungan intim) dapat melepaskan segala perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari. 

Sumber: www.karangkraf.com

No comments

Powered by Blogger.