Tips Mudah Lukis Kening Tanpa Cukur - Abang Terlajak Laris


Tips Mudah Lukis Kening Tanpa Cukur

Perkongsian ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kening yang lebat dan tidak teratur. Anda boleh gunakan teknik bila korang nak melawa untuk menghadiri majlis keramaian atau majlis rasmi.

Bahan-bahan 

1. Gam (Non Toksik)
2. Pensil Kening
3. Berus
4. Bedak Asas/foundation

Semestinya teknik ini adalah alternatif bagi mereka yang tidak mahu mencukur bulu kening. 

Caranya mudah sahaja

1. Rapikan kening menggunakan berus kening.Kalau tak ada berus kening,korang boleh guna berus maskara mata yang dah tak guna.Basuh dengan bersih berus tu dan sikat seperti biasa.


2. Lukis kening menggunakan pensil kening. Lukis mengikut bentuk yang korang suka.Tebal atau nipis terpulang.

3. Letak gam di bahagian kening yang tebal di bawah. Lebih tepat letak di basi kening yang tidak dilukis tu. Letak sikit sahaja. Tunggu sehingga gam tersebut betul-betul kering.


4. Sapukan foundation  menggunakan berus foundation dibahagian kening yang telah di gam tadi.Sapukan dengan teliti dan tertib.


5. Setelah itu,sapukan Maskara untuk kemasan yang terakhir (optional).

6. Siap! Dah boleh melaram dengan kening yang kemas. 

No comments

Powered by Blogger.