Trend Buang Tabiat, Bulu Hidung Panjang, Cantik Ke? - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Trend Buang Tabiat, Bulu Hidung Panjang, Cantik Ke?


Trend kecantikan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Ada trend yang boleh terima pakai, ada pulak trend yang tak masuk akal dibuatnya.

Jika sebelum ini, trend tindik pipi untuk hasilkan lesung pipit palsu jadi kegilaan wanita, kali ini lain pula ceritanya. Menggelikan pun ada!

Selalunya bila sebut pasal bulu ni, wanita memang pantang kalau ada bulu yang tidak diingini di tubuh badan mereka. Lebih-lebih lagi pada wajah.

Namun trend kecantikan terbaru ini iaitu extention bulu hidung menjadi kegilaan wanita masa kini untuk kelihatan lebih cantik.

Menurut sumber, lagi panjang bulu hidung, lebih yakin dan makin cantik seseorang wanita itu.

Pada mulanya, trend ini menggunakan bulu mata palsu yang ditampal di dalam bahagian hidung.

Seorang gadis dari Jepun bernama GretChen Chen, memperkenalkan trend ini dan memuat naik foto tersebut di akaun Instagram. Gadis ini sendiri tidak menyangka trend tersebut menjadi viral dan ikutan gadis-gadis lain.


1 comment:

  1. Cannot goooo. GV tak leh terima trend niey. Kelihatan sangat tidak bersih. Hope trend ni jadi a failure trend. huhu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.