Wanita Hadapi Masalah Peha & Punggung Besar? Ramai Yang Tak Tahu Inilah 3 Punca Utamanya - Abang Terlajak Laris


Wanita Hadapi Masalah Peha & Punggung Besar? Ramai Yang Tak Tahu Inilah 3 Punca Utamanya


Perasan tak makin ramai wanita sekarang termasuk gadis muda berdepan dengan masalah peha dan punggung besar. Kenapa ya? Tapi kalau diperhatikan orang lelaki takde pulak hadapi masalah begini.

Adakah faktor banyak sangat duduk dan tiada senaman? Atau sebab pemakanan kita yang selalu makan makanan berlemak. Untuk pengetahuan wanita khususnya punca punggung dan peha kita jadi besar sebenarnya banyak berkisar dari tiga sebab ini.

 1. Pengaruh hormon
Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha dan punggung. Mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak  pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.

2. Bentuk tubuh
Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping.

3. Otot
Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.

No comments

Powered by Blogger.