4 Alasan Cinta Kedua Lebih Baik Dari Cinta Pertama! - Abang Terlajak Laris


4 Alasan Cinta Kedua Lebih Baik Dari Cinta Pertama!


Ada di antara anda menganggap cinta pertama akan berakhir dengan perkahwinan dan kekal sehingga ke akhir hayat. Tapi sayangnya tidak semua cinta pertama mampu bertahan. Jika cinta pertama berakhir, ada kemungkinan anda bertemu cinta kedua, cinta ketiga, keempat, dan seterusnya.

Tapi kenapa cinta kedua adalah yang terbaik berbanding cinta pertama? Ini kerana anda sudah belajar banyak perkara dari cinta pertama.

1. Belajar daripada kesilapan
Putus cinta pertama anda belajar banyak perkara. Apa yang patut buat dan apa yang tak patut lakukan dalam perhubungan. So, cinta kedua anda akan lebih berjalan lancar.

2. Memberi anda kekuatan
Gagal cinta pertama boleh buatkan seseorang itu jatuh teruk dan sangat kecewa. Tapi jika anda boleh move on dan bertemu dengan cinta kedua, itu menunjukkan hati anda semakin kuat.

3. Cinta anda lebih dalam
Oleh kerana hubungan cinta pertama gagal, anda akan perbaiki diri untuk cinta kedua. Lebih beruntung jadi cinta kedua dari cinta pertama kan?

4. Mempercayai pasangan anda
Satu perkara perlu buang dalam hubungan adalah berprasangka buruk. Dalam hubungan cinta kedua, anda akan lebih mempercayai pasangan anda demi hubungan yang lebih sihat.

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.