4 Cara Mendidik Anak Takut Pada ALLAH SWT - Abang Terlajak Laris


4 Cara Mendidik Anak Takut Pada ALLAH SWT


Ianya mempunyai 4 fasa utama iaitu;
1) Diri pertama
2) Diri Kedua
3) Hasil
4) Penetapan

Diri pertama, merujuk kepada IBUBAPA itu sendiri. Jika ibubapa ‘kaki gajet’, ‘kaki layan FB’, ‘kaki dvd’ dan segala kaki yang ada, serba sedikit unsur jangkitan akan berlaku. Hal inilah yang diterapkan oleh sang faqir dan isteri, iaitu mengurangkan atau menghadkan penontonan televisyen, jika ingin menonton, mereka perlu menonton bersama-sama, hal ini memerlukan pengasahan.

Anak-anak perlu dibentuk dengan adab terlebih dahulu sebelum adab tersebut menjadi displin hidup mereka. Setakat ini, anak-anak jika mereka memakai jubah, perkara yang tidak akan tertinggal adalah kufiah dan serban. Kenapa? Kerana mereka ikut setiap perkara yang mereka lihat.

Gajet adalah dilarang bagi mereka, terutamanya ‘games’ baik di dalam gajet smartphone atau sebarang bentuk permainan stimulasi. Jika ada penggunaan gajet pun, hanya untuk sampingan pembelajaran, contoh jika tiada pen dan kertas (jika berada di luar rumah).

Tidak memberi gajet, tidak bermaksud menghalang kemajuan pada diri mereka, kemodenan perlu digunakan pada hal yang sepatutnya, pendek kata anak-anak kecil tidak memerlukan gajet tetapi mereka memerlukan kasih sayang dan belaian.

Fasa kedua, iaitu diri kedua. Diri kedua merujuk anak-anak itu sendiri. Ianya melibatkan PENDEDAHAN. Anak-anak perlu didedahkan dengan perkara yang mereka sepatutnya didedahkan. Perkara paling utama didedahkan adalah KENAL ALLAH atau mudahnya Ilmu Tauhid.

Mereka bukan sahaja perlu dididik menghafal sifat 20 malahan perlu diberi faham akan hal tersebut. Kenal mereka kepada PENCIPTA mereka, maka kenallah diri mereka adalah lemah dan perlu taat, jadi hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa khauf(takut) dan raja’(harap) pada ALLAH.

Asas penting adalah perkenalkan ALLAH dan RasulNYA kepada anak-anak dalam bentuk Ilmu dan Amal. Itulah cara menarik mereka kepada ilmu bukan hiburan. 

Satu perkara lagi, elakkan bentuk perjanjian memberi hadiah jika boleh buat itu ini, kerana secara tidak langsung, moral mereka akan jatuh kerana mereka melakukan sesuatu untuk sesuatu, bukan kerana ALLAH dan kasih sayang kepada ibubapa.

Susahnya? Tidak susah jika cuba dan terus mencuba. Ibubapa perlu bersungguh-sungguh dan tiada istilah putus asa dalam mendidik anak-anak, mereka adalah pembawa payung kita di padang masyar kelak, mereka juga pembimbing kita ke telaga Kautsar untuk bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam.

Kelak di akhirat, ALLAH tidak akan tanya kita, apakah pekerjaan anakmu dahulu di dunia? Tetapi ALLAH akan tanya, bagaimanakah kamu menjaga anak-anakmu dan keluargamu? Mampukah kita menjawab akan persoalan itu jika kita tidak membuatnya.

Hasil Tulisan: Bidadari.my 

No comments

Powered by Blogger.