Ini 4 Sebabnya Wanita Lebih Mudah Nampak Tua Berbanding Lelaki - Abang Terlajak Laris


Ini 4 Sebabnya Wanita Lebih Mudah Nampak Tua Berbanding Lelaki


Apabila memasuki fasa 25 tahun ke atas, mereka perlu berwaspada kerana akan munculnya penuaan. Ini antara sebab wanita akan nampak lebih tua walaupun usia masih muda!

1. Kelenjar lelaki lebih banyak 

Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak berbanding wanita terutama di bahagian mulut dan mata. Sebab itulah lelaki lambat mengalami penuaaan dan kedutan di bahagian tersebut.

2. Menopause

Semakin meningkat usia, jumlah hormon estrogen yang dihasilkan semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.

3. Penyusutan tulang

Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ia membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur.

4. Wanita mudah lebih stres

Wanita suka memikirkan sesuatu secara berlebihan jika dibandingkan dengan lelaki.Tambahan pula tugas wanita lebih berat berbanding lelaki, perlu bekerja, menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak.

Sumber: Hanasuva

No comments

Powered by Blogger.