5 Senaman Mudah Hilangkan Lemak Di Perut - Abang Terlajak Laris


5 Senaman Mudah Hilangkan Lemak Di Perut


Lemak di perut boleh dihilangkan bukan hanya melalui program diet sahaja.Sebaliknya boleh juga melalui senaman yang tepat supaya kulit perut anda tidak menggeleber, terutama bagi anda yang sudah beranak-pinak.Berikut beberapa senaman yang boleh menghapuskan kalori dalam tubuh dalam waktu yang lebih singkat.

Berenang
Air dapat memudahkan badan bergerak sehingga tubuh tidak cepat penat meskipun sudah banyak bergerak.Selain itu, renang merupakan senaman yang memerlukan gerakan tubuh yang lengkap dan pastinya sangat baik untuk perut anda yang berlemak.

Berjalan Kaki
Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan senaman lain, cubalah luangkan waktu tersebut dengan aktiviti berjalan kaki. Gerakan berjalan kaki, termasuk memanjat anak tangga sebenarnya sudah cukup untuk melatih otot perut anda supaya tetap tegang.

Berlari
Aktiviti paling mudah dan percuma untuk menghilangkan lemak di perut serta menegangkan otot-otot dalam tubuh anda. Ketika berlari, otot perut akan mengikuti gerakan ke kanan dan kiri yang membuatkan lemak di perut anda akan hilang secara perlahan-lahan.

Berbasikal
Berbasikal merupakan salah satu cara efektif untuk membakar lemak dengan cepat. Otot perut anda akan terasa seperti diramas setiapkali anda mengayuh pedal basikal.

Angkat Beban
Cara ini adalah cara paling berkesan, namun memerlukan kesungguhan. Ia mampu mengubah lemak menjadi otot agar perut kelihatan lebih mantap dan kecil. Selain itu, anda juga perlu imbanginya pemakanan yang sihat serta berprotein bagi mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Sumber: Senam Mudah

No comments

Powered by Blogger.