5 Tips Bergaya Untuk Anda Yang Berbetis Besar - Abang Terlajak Laris


5 Tips Bergaya Untuk Anda Yang Berbetis Besar


Biarpun anda mempunyai betis besar, janganlah menganggapnya menjadi punca untuk anda tidak boleh tampil lebih bergaya. Anda hanya perlu lebih fokus pada bahagian tubuh yang kurang menarik itu.

Berikut beberapa trik dan tips fesyen untuk anda yang memiliki betis besar:

1. Pilih Kasut Yang Tepat
Hindari penggunaan kasut dengan motif yang terlalu meriah. Ini akan membuatkan lebih banyak mata memberikan tumpuan pada bahagian kaki anda.Jika anda ingin mengalihkan pandangan mata orang tertuju pada betis anda yang besar itu, pakailah kasut dengan motif sederhana.

Pilih juga kasut berpotongan besar yang akan memberikan ilusi betis anda kelihatan lebih kecil. Wedges adalah pilihan paling tepat untuk mempercatikkan langkah anda.

2. Warna Kasut Yang Sesuai
Warna yang dipilih juga sebaiknya sesuai dengan warna kulit sehingga ilusi kaki jinjang dapat dihasilkan.Jika ingin variasi warna kerana bosan dengan warna-warna polos, kasut dengan aksesori kecil logam berkilat boleh menjadi daya tarikan tersendiri untuk penampilan anda.

3. Pemilihan Baju
Biasanya anda yang mempunyai betis besar suka menggunakan seluar atau dress full size, untuk menutupi betisnya yang besar.Memang tak ada salahnya, namun adakalanya untuk menyembunyikan sesuatu, anda harus membiarkannya terbuka.

Triknya adalah memindahkan pusat daya tarikan daripada bahagian tubuh yang ingin ditutupi.Jika anda ingin memakai dress, perhatikan potongan bawahnya, memilih yang bawah lutut.

Untuk menyamarkan betis besar anda, pilih motif atau aksesoris yang mendominasi tubuh bahagian atas. Namun, hati-hati, jangan memenuhi bahagian atas tubuh dengan aksesori yang terlalu banyak kerana ia akan membuatkan penampilan anda nampak pelik

4. Memilih Stoking
Penggunaan stoking berwarna gelap, menjadi tips bergaya untuk anda yang berbetis besar.Jika dipadukan dengan dress yang tepat, maka betis besar anda tidak hanya tersembunyi, tetapi juga mampu membuatkan penampilan anda kelihatan lebih menarik.

No comments

Powered by Blogger.